Khidmat Lepas-Jualan Untuk SmartTAG OBU 330 Akan Ditamatkan Pada 1 Julai 2018

Khidmat Lepas-Jualan Untuk SmartTAG OBU 330 Akan Ditamatkan Pada 1 Julai 2018

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

SmartTAG OBU 330 telah diperkenalkan sekitar sedekad yang lepas dalam usaha memudahkan para pengguna untuk melalui palang tol dengan lebih mudah berbanding perlu mengeluarkan kad Touch ‘n Go secara manual. Kini, dengan usia melangkaui 10 tahun, Touch ‘n Go telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan khidmat selepas jualan untuk SmartTAG OBU 330.

SmartTAG Lama

Langkah ini diambil kerana ia telah berada di pasaran untuk tempoh lebih 10 tahun, sekaligus membuatkan beberapa komponen untuknya terhad dan tidak lagi boleh diperolehi.

Untuk pengguna yang menggunakan SmartTAG OBU 330 ini, anda masih boleh kekal menggunakannya seperti biasa untuk tujuan pembayaran tol. Walaubagaimanapun, ia tidak akan disokong oleh Touch n Go dari segi untuk baik-pulih selepas tarikh 1 Julai 2018 ini.

Bagi pengguna yang telah menghantar SmartTAG OBU 330 sebelum tarikh berkenaan akan terus dibaiki.

SmartTAG OBU 330


TIPS & ULASAN