Carian
Nyahkunci Menggunakan Wajah Akan Disokong Pada Nokia 8 Sirocco, 8, 7 Plus Dan Nokia 6.1
June 26, 2018 Effi Saharudin

Sistem nyahkunci menggunakan wajah menjadi fungsi popular sejak enam bukan kebelakangan ini. Peranti keluaran Nokia adalah antara yang masih belum menyokongnya. Tetapi ini akan berakhir apabila empat peranti Nokia bakal menerima kemaskini yang mengaktifkan fungsi ini.

Akaun Twitter rasmi Nokia mengesahkan Nokia 8 Sirocco, Nokia 8, Nokia 7 Plus, dan Nokia 6.1 adalah empat peranti pertama yang akan mempunyai sistem nyahkunci menggunakan imbasan wajah. Ini adakan dilakukan menerusi kemaskini perisian yang diberikan dalam masa beberapa bulan. Sistem ini hanyalah imbasan secara dua dimensi dan kurang selamat jika dibandingkan dengan imbasan cap jari.

Komen