Amerika Syarikat Ingin Menyekat Pegangan China Dalam Syarikat Teknologi Tempatan

Amerika Syarikat Ingin Menyekat Pegangan China Dalam Syarikat Teknologi Tempatan

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

China ialah kilang dunia dengan anggaran 50% produk di pasaran dihasilkan di negara tersebut. Dengan statusnya sebagai negara besar, China mula melakukan pelaburan strategik di dalam syarikat teknologi di seluruh dunia. Ini menimbulkan kerisauan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat. Jabatan ini ingin menyekat peratusan pegangan China di dalam syarikat berteknologi penting.

Mereka menyarankan halangan diletakkan pada syarikat yang kini mempunyai sekurang-kurangnya 25% pegangan saham dari China. Sekiranya halangan diletakkan, ia akan menghalang syarikat yang mempunyai teknologi penting dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan marin, farmaseutikal dan industri teknologi-tinggi dari diambil alih oleh China.

Langkah ini ingin diambil Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat selepas menerima saranan dari Jabatan Perdagangan dan Majlis Keselamatan Negara. Perkongsian teknologi canggih dengan China dipercayai akan mengurangkan kelebihan Amerika Syarikat sekiranya konflik berlaku di masa hadapan.

China pula ingin membangunkan teknologi  supaya mampu berdiri sama tinggi dengan Amerika Syarikat. Pada waktu ini mereka masih bergantung kepada teknologi yang diimport. Akibatnya industri mereka boleh lumpuh sekiranya halangan dikuatkuasakan seperti yang berlaku ke atas ZTE.


TIPS & ULASAN