Kecerdasan Buatan OpenAI Akan Menentang Pasukan Dota 2 Manusia Di The International 2018

Kecerdasan Buatan OpenAI Akan Menentang Pasukan Dota 2 Manusia Di The International 2018

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Tahun lalu kecerdasan buatan OpenAI dengan mudah mengalahkan SumaiL, Arteezy dan Dendi yang merupakan tiga pemain solo Dota 2 terbaik di dunia. Selepas menjalani latihan yang lebih hebat sejak setahun yang lalu, OpenAI kini bersedia menentang pasukan yang terdiri daripada lima pemain manusia di acara The International tahun ini.

Kecerdasan buatan ini telah dilatih untuk bermain secara berkumpulan bagi mengalahkan manusia. Dalam beberapa perlawanan awal dengan pemain manusia biasa, OpenAI tidak mengalami sebarang kekalahan. Menurut pembangun OpenAI, menerusi simulasi yang dilakukan ia kini mempunyai pengalaman bermain Dota 2 selama 180 tahun. Walaubagaimanapun OpenAI hanya diajar untuk mengawal lima watak sahaja setakat ini iaitu Necrophos, Sniper, Viper, Crystal Maiden, dan Lich. Ini hanya sejumlah kecil dari 115 watak yang boleh dimainkan di dalam Dota 2.

Siapakah akan menang di dalam perlawanan lima lawan lima di The International 2018 yang berlangsung pada bulan Ogos hadapan. Berdasarkan keputusan tahun lalu, tidak mengejutkan jika sekali lagi kecerdasan buatan akan mengalahkan pemain Dota 2 manusia profesional.


TIPS & ULASAN