Google Photos Kini Boleh Hasilkan Video Bertemakan Romantik Secara Automatik

Diterbitkan pada Jun 26, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan Februari 2018 yang lalu, kami laporkan di mana Google Photos memperkenalkan fungsi “Movies”. Ia adalah fungsi untuk hasilkan menghasilkan video pendek secara automatik. Terdapat beberapa tema video yang pengguna boleh pilih. Terbaru adalah “Love Story” – membenarkan pengguna untuk hasilkan video pendek bertema romantik.

Sebelum ini, Google hanya menawarkan fungsi ini dalam masa terhad. Kini pengguna boleh akses pelbagai tema untuk hasilkan video pendek di dalam “Movies“. Terdapat beberapa tema disediakan seperti untuk kucing, anjing, kematian, selfie, hari Ibuhari bapa, hari kekasih, Smiles dan anak yang membesar.

Bagi mendapatkan fungsi ini, pengguna hanya perlu memuat turun Google Photos versi terkini melalui Google Play Store ataupun Apple App Store.

Muat Turun: Google Photos di Play Store
Muat Turun: Google Photos di App Store

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami