Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Asus Zenfone Live (L1). Telefon pintar dengan spesifikasi asas ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM399.
Asus Zenfone Live L1 hadir dengan skrin 5.5-inci HD+ 1440×720 pixel, dijana cip Snapdragon 425, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera 5-megapixel. Peranti ini hadir dengan bateri 3000mAh, sistem operasi Android Oreo dan dilengkapi ZenUI 5.0.
Di Malaysia, Asus akan menawarkan ia bermula minggu ini pada harga RM399.