GrabPay Kini Dilancarkan Secara Rasmi – Memudahkan Transaksi Nirtunai Di Kedai Fizikal

GrabPay Kini Dilancarkan Secara Rasmi – Memudahkan Transaksi Nirtunai Di Kedai Fizikal

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Grab Malaysia hari ini telah melancarkan solusi dompet digital mereka, GrabPay secara rasmi untuk pasaran tempatan. Ciri ini hadir terbina pada aplikasi Grab – membolehkan pengguna menggunakannya untuk pembayaran secara nirtunai di kedai-kedai seluruh negara yang menerimanya.

GrabPay

GrabPay pada hari ini berfungsi dengan kebolehan untuk menambah-nilai terlebih dahulu padanya. Seterusnya, pengguna boleh membuat pembelian, dengan hanya mengimbas kod QR pada sebarang kedai yang menerimanya – sekaligus melakukan transaksi nirtunai tanpa perlu anda membawa wang tunai.

GrabPay

Buat masa ini, kedai yang menyokongnya masih terhad. Namun, beberapa kedai popular seperti TeaLive dan sebagainya telah menambah sokongan untuk GrabPay. Grab juga mengatakan mereka akan menyokong kedai yang menerima bayaran melalui Maybank QR Pay.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Grab, anda boleh mencubanya hari ini dengan mengakses tab GrabPay.


TIPS & ULASAN