Cari @ Amanz

Pada 2012 yang lepas, Facebook telah membeli Instagram pada nilai mencapai $1 bilion yang. Ketika itu, ramai yang mempertikaikan nilai Instagram dan membuat andaian yang mana Facebook telah mengeluarkan wang yang tinggi untuk perkhidmatan sosial berkenaan.

Walaubagaimanapun, dari tahun ke tahun, ternyata apa yang disasarkan oleh Mark Zuckerberg adalah tepat. Populariti Instagram terus meningkat, malah kini ia menjadi aplikasi yang semakin kerap digunakan ramai berbanding Facebook sendiri.

Terkini, dengan pelancaran hab video Instagram atau IGTV, pihak Bloomberg telah menghimpunkan sejumlah analisa, dan menyasarkan Instagram kini bernilai lebih $100 bilion (~RM402 bilion).

Perkhidmatan Instagram sendiri kini digunakan lebih 1 bilion pengguna aktif setiap bulan, dan kadar pendaftaran pengguna baru dikatakan lebih tinggi berbanding Facebook. Ia disasarkan melangkaui angka 2 bilion pengguna dalam tempoh 5 tahun lagi.

Dengan nilai sasaran terkini Instagram ini, boleh dikatakan pihak Facebook membuat sebuah pelaburan dan pengambil-alihan yang berbaloi – memandangkan telah mendapat pulangan lebih 100 kali ganda dalam tempoh sekitar 6 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd