Sokongan TrueCaller Untuk Windows Phone Kini Ditamatkan

Sokongan TrueCaller Untuk Windows Phone Kini Ditamatkan

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

TrueCaller adalah aplikasi panggilan telefon dengan fungsi yang boleh menghalang daripada penipu durjana membuat panggilan telefon kepada pengguna. Sayang sekali, aplikasi ini kini sudah tidak boleh digunakan untuk pengguna Windows Phone.

TrueCaller bercadang untuk tamatkan sokongan Windows Phone kerana pihak Microsoft telah pun berhenti menyokong pembangunan sistem operasi tersebut. Jika anda buka WIndows Store, aplikasi ini sudah tidak boleh dimuat turun.

Selain itu, untuk pengguna Android terdapat satu ciri baru yang ditambah dalam kemaskini terbaru. Ia adalah “Block Section” – yang mana memudahkan pengguna untuk mengurus SMS ataupun panggilan yang dihalang. Manakala, tiada sebarang maklumat untuk fungsi ini pada versi iOS.

Muat Turun: TrueCaller Dengan Ciri Baru Di Play Store


TIPS & ULASAN