ASUS Malaysia Memperkenalkan Laptop Gaming ASUS ROG STRIX SCAR II Dan Hero II Untuk Pasaran Tempatan

ASUS Malaysia Memperkenalkan Laptop Gaming ASUS ROG STRIX SCAR II Dan Hero II Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Di acara Computex Taipei baru-baru ini, ASUS dilihat memperkenalkan dua buah laptop baru yang direka khas untuk mereka yang gemar bermain permainan komputer MOBA dan juga FPS yang dinamakan ASUS ROG STRIX SCAR II dan ASUS ROG STRIX HERO II.

Dari segi rekaan, kedua-dua laptop ini kelihatan hampir serupa, dan diantara perbezaan fizikal yang dapat dilihat pada peranti-peranti ini ialah papan kekuncinya yang mempunyai rekaan warna yang sedikit berbeza. Kedua-dua laptop ini dilengkapi paparan skrin bersaiz 15.3 inci, resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz.

 

Dari segi spesifikasi, kedua-dua laptop ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-8750, storan SSD 256GB dan juga storan SSHD 1TB Seagate FireCuda. Dari segi memori, laptop HERO II dilengkapi memori 8GB, manakala SCAR II pula diberi 16GB RAM DDR4.

Satu lagi perbezaan spesifikasi di sini ialah penggunaan kad grafik oleh kedua-dua laptop ini. Kedua-dua model ASUS ROG STRIX HERO II dan ROG STRIX SCAR II menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6G, tetapi hanya model ROG STRIX SCAR II sahaja yang akan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB.

Tanda harga untuk ketiga-tiga laptop ini juga telah diumumkan oleh pihak ASUS:

  • ASUS ROG STRIX SCAR II dgn NVIDIA GeForce GTX 1070 – RM8299
  • ASUS ROG STRIX SCAR II dgn NVIDIA GeForce GTX 1060 – RM6799
  • ASUS ROG STRIX HERO II dgn NVIDIA GeForce GTX 1060 – RM6299

Menurut ASUS Malaysia lagi, kedua-dua laptop ini akan memasuki pasaran Malaysia dalam beberapa minggu lagi sahaja.


TIPS & ULASAN