Permainan 3v3 Terbaru Daripada Supercell, Brawl Stars Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Permainan 3v3 Terbaru Daripada Supercell, Brawl Stars Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

Supercell sedia popular dengan permua seperti Clash of Clans dan Clash Royale. Terkini, mereka turut hadir dengan sebuah lagi permua baru yang dinamakan sebagai Brawl Stars.

Permua ini telah ditawarkan dalam bentuk beta di beberapa buah negara sejak tahun lepas, dan kini ia turut diperluaskan untuk pengguna di Malaysia dan Singapura.

Brawl Stars membawakan permainan tembak-menembak 3v3 dengan bentuk pandang permainan dari atas. Pemain perlu membunuh pihak lawan dan mengumpulkan seberapa Gems yang boleh.

Ia hadir dengan beberapa mod berbeza, termasuk Showdown, Gem Grab, Bounty, Heist dan juga Brawl Ball.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini hari ini, dan memainkannya ketika masa terluang anda.

Muat-Turun Brawl Stars untuk Android

Muat-Turun Brawl Stars untuk iOS


TIPS & ULASAN