Carian
Pengguna Kini Boleh Menggunakan Dompet Digital Boost Di Kedai Serbaneka KK Mart
June 26, 2018 Aman

Transaksi nirtunai semakin popular akhir-akhir ini dengan beberapa dompet digital yang ditawarkan untuk pengguna tempatan. Hari ini, Boost turut mengumumkan kerjasama dengan kedai serbaneka KK Mart, sekaligus membawa sokongan transaksi nirtunai ke KK Mart seluruh negara.

Boost KK Mart

KK Mart merupakan salah satu rangkaian kedai serbaneka yang popular, mempunyai sekitar 327 kedai, termasuk di Lembah Klang, Melaka, Seremban dan juga Sarawak. Ia menawarkan barangan keperluan harian, dan beroperasi 24 jam sehari.

Dengan sokongan transaksi nirtunai, ia sekaligus lebih memudahkan pengguna membuat pembayaran di kedai serbaneka ini tanpa perlu membawa dompet dan wang tunai.

Bersempena dengan pelancaran ini juga, pengguna Boost yang melakukan pembelian menggunakannya antara hari ini hingga 25 Ogos kelak di KK Mart, anda akan menerima pulangan tunai RM10 terus ke akaun anda dengan pembelian minimum RM20.

Komen