Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan tiga cip pemprosesan baru memfokuskan peranti berspesifikasi pertengahan, iaitu cip Snapdragon 429, Snapdragon 439 dan juga Snapdragon 632. Penawaran terbaru ini memfokuskan pemprosesan yang baik untuk peranti berspesifikasi asas dan pertengahan.

Snapdragon 429 dan 439 masing-masing merupakan penaik-tarafan kepada cip Snapdragon 425 dan 430 sebelum ini. Ia dikatakan kini menawarkan kuasa pemprosesan lebih 25% pantas berbanding sebelumnya, dan lebih efisyen dalam penggunaan tenaga bateri.

Snapdragon 632 pula merupakan penaik-tarafan kepada Snapdragon 626 sebelum ini, menawarkan kuasa pemprosesan lebih 40% pantas, dan turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K bersama-sama dengannya.

Ketiga-tiga cip pemprosesan baru ini dilihat tidak menawarkan sesuatu yang unik dan baru – sebaliknya lebih kepada membawa kuasa pemprosesan dan penggunaan tenaga efisyen, selain sokongan spesifikasi terkini seperti penggunaan dwi-kamera.

Telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka akan hadir dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd