Qualcomm Hadir Dengan Cip Memfokuskan Jam Tangan Kanak-Kanak – Snapdragon Wear 2500

Qualcomm Hadir Dengan Cip Memfokuskan Jam Tangan Kanak-Kanak – Snapdragon Wear 2500

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Bersama-sama pengenalan cip pemprosesan berspesifikasi pertengahan, pengeluar cip pemprosesan terkemuka memfokuskan peranti mudah-alih berkenaan juga turut memperkenalkan cip baru memfokuskan jam tangan pintar kanak-kanak.

Dinamakan sebagai Snapdragon Wear 2500, ia turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G. Qualcomm mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri 14% lebih lama, selain dioptimasikan untuk Android O, serta memori sehingga 512MB.

Snapdragon Wear 2500 ini turut menawarkan pengalaman permesejan dan pembelajaran yang baru kepada kanak-kanak, selain melalui sokongan kamera 5-megapixel ia membolehkan panggilan video dilakukan menggunakan jam tangan pintar.

Qualcomm turut mengatakan mereka sedang bekerjasama dengan pihak Huawei untuk Snapdragon Wear 2500 ini, dan mungkin kita melihat penawaran jam tangan pintar memfokuskan kanak-kanak daripada Huawei tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN