Cari @ Amanz

Kurang seminggu lepas, kami laporkan rekaan Xiaomi Mi Max 3 dan beberapa spesifikasi ini tertiris melalui laman TENAA. Siri Mi Max kali ini dilihat turut akan menawarkan versi “Pro” melalui Mi Max 3 Pro.

Berita daripada GSMARENA ini memperlihatkan senarai Mi Max Pro 3 dari laman rasmi Xiaomi yang tertiris. Ia membawakan satu versi iaitu memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Manakala, pilihan warna pula adalah hitam dan emas.

Spesifikasi lain-lain adalah sama dengan Mi Max 3, iaitu dijana dengan Snapdragon 710, skrin 6.9-inci, bateri 5400mAh dan juga sensor lensa kamera Sony IMX363 – iaitu sensor kamera yang digunakan pada Mi Mix 2S dan Mi 8.

Bilakah peranti ini dilancarkan? Masih lagi tiada maklumat rasmi, tetapi yang pasti adalah pada bulan Julai akan datang. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd