MacOS Mojave Beta Awam Kini Boleh Dimuat Turun

MacOS Mojave Beta Awam Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Sewaktu acara WWDC 2018, Apple telah memperkenalkan MacOS versi baru iaitu MacOS Mojave. Sistem operasi untuk komputer riba Apple ini membawakan sejumlah ciri dan fungsi baru yang menarik seperti sokongan tema gelap, “Stacks“, “Gallery View“, rekaan baru untuk App Store dan banyak lagi.

macOS Mojave

Apple kini menyediakan versi beta awam untuk MacOS Mojave. Pengguna harus daftarkan Apple ID sebagai pengguna beta melalui program beta Apple di sini. Kemudia pengguna turut perlu mendaftarkan Mac mereka di sini untuk dapatkan kemaskini beta ini.

Selain daripada itu, MacOS Mojave juga adalah versi akhir MacOS yang menyokong aplikasi/perisian 32-bit. Tahun depan semua aplikasi 32-bit pada Mac sudah tidak boleh digunakan.


TIPS & ULASAN