Jabra Elite Active 65t, Elite 65e & Elite 45e Kini Di Malaysia

Jabra Elite Active 65t, Elite 65e & Elite 45e Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Pada bulan Mei yang lalu Jabra Malaysia telah memulakan penjualan Jabra Elite 65t menerusi 11Street. Peranti ini bukan sekadar fon telinga tanpa wayar, malah tidak terdapat sebarang wayar yang menghubungkannya sekaligus memberikan kebebasan penggunaan tanpa wayar dan dilihat sebagai pesaing Apple AirPods.

Pada hari ini Jabra Malaysia telah mengumumkan kesediaan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar paling termaju, sekaligus membolehkannya menyokong akses untuk pembantu maya seperti Siri, Google Assistant dan juga Alexa.

Jabra Elite Active 65t mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Jabra Elite 65t namun seperti namanya, ia disasarkan untuk kegunaan riadah. Permukaan peranti ini mempunyai kemasan yang tahan peluh IP56, sehinggalah kepada bekas peranti. Kemasan ini juga menjamin cengkaman peranti yang lebih baik sewaktu digunakan pengguna.

Ia juga dilengkapi dengan pengesan accelerometer yang memantau aktiviti pengguna dan mempunyai pengecasan pantas dimana pengecasan selama 15 minit memberikan kuasa sepanjang 1 jam setengah. Menariknya ia hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Biru dan Oren.

 Jabra Elite 45e

Dua lagi model yang diperkenalkan adalah Elite 45e dan juga Elite 65e dalam rekaan ‘neckband’. Jabra Elite 45e mempunyai waktu pengoperasian sehingga 8 jam dan mempunyai ketahanan IP54 yang membuatkannya tahan debu dan air. Dan pengguna hanya perlu menekan satu butang bagi melancarkan pembantu maya.

Jabra Elite 65e

Bagi anda yang memerlukan peranti dengan peredam bunyi bising (Active Noise Cancellation), Jabra Elite 65e merupakan produk terbaru dari mereka yang menyelesaikan masalah ini. Peredam bunyi bising ini mempunyai dua tahap, dan dengan fungsi ini diaktifkan ia masih boleh beroperasi selama 8 jam dan jika tidak digunakan ia boleh bertahan selama 13 jam. Jabra Elite 65e turut mempunyai ketahnan debu dan air IP54.

Jabra Elite Active 65t ditawarkan pada harga RM849, Jabra Elite pada harga RM399, dan Jabra Elite65e pada harga RM949. Untuk ketiga-tiga peranti ini, Jabra turut menawarkan jaminan penggunaan selama 2 tahun meliputi air dan debu.

Ia ditawarkan menerusi laman jual beli atas talian dengan beberapa tawaran pra-tempah yang menarik, sementara stok masih ada.

  • Jabra Elite Active 65t: Pratempah di 11Steet dan anda akan menerima Jersi Rasmi Piala Dunia Pasukan Jerman bernilai RM289
  • Jabra Elite 65e: Pratempah di Shopee dan anda akan menerima kaca mata Ray-Ban bernilai RM1099.
  • Jabra Elite 45e: Pratempah di Lazada dan anda akan menerima Powerbank 10,000 mAH bernilai RM109

Beli : Jabra Elite 65e


TIPS & ULASAN