Firefox Focus Kini Beralih Dari Enjin WebView Kepada Enjin Gecko

Firefox Focus Kini Beralih Dari Enjin WebView Kepada Enjin Gecko

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Firefox Focus adalah aplikasi pelayar web yang memfokuskan privasi dan sekuriti. Ia seperti tab inconigto dalam bentuk aplikasi. Selama ini, seperti pelayar web lain – Firefox Focus menggunakan enjin Android WebView. Terbaru, dalam versi nightly Firefox Focus beralih kepada enjin buatan sendiri – Gecko.

Firefox Focus

Android WebView adalah hasil pembangunan daripada Google. Menurut Firefox, menggunakan enjin ini ia mempunyai risiko untuk data tertiris ke luar atau tersebar. Disebabkan Gecko adalah enjin buatan sendiri – ia adalah lebih selamat, lebih banyak iklan terhalang dan juga privasi pelayaran web lebih baik.

Versi nightly ini sudah boleh dicuba dengan memuat turun fail .APK. Buat masa ini ia akan mempunyai beberapa isu kestabilan dan juga pepijat. Jadi, jika anda tidak ingin cuba versi nigthly – boleh tunggu versi stabil hadir di masa akan datang.

Muat Turun: .APK Firefox Focus Versi Nightly Di Sini


TIPS & ULASAN