Mi Box 3 adalah peranti penstriman media daripada Xiaomi. Ia menjalankan Android TV dan mempunyai lesen untuk perkhidmatan penstriman seperti Netflix. Sudah hampir 2 tahun ia dilancarkan dan bermula semalam ramai mula menerima kemaskini Android TV versi Oreo.
Android TV versi Oreo untuk mi Box mula diperlihatkan pada acara MWC 2018 yang lepas. Dengan kemaskini ini, ia membawakan beberapa jumlah fungsi dan ciri yang baru. Antaranya adalah, sokongan Google Assistant, “Play Next“, “Home“, “Channels“, App Drawer, antaramuka yang baru, dan prestasi yang lebih baik.
Fungsi Google Assistant adalah yang paling ramai nantikan. Dengan sokongan mikrofon terbina pada alat kawalan jauh Mi Box 3, ia memudahkan pengguna untuk mengawal Android TV dengan arahan suara. Selain itu, jika anda selarikan Android TV dengan Google Assistant pada telefon pintar atau pembesar-pembesar suara Google Home – anda boleh kawal Android TV dengan lebih mudah.
Melalui “Home” pula, ia memaparkan sejumlah aplikasi yang terpasang ataupun yang dipasang oleh pengguna. Selain itu, adalah ciri “Play Next” – satu ciri pintar di mana Android TV boleh tahu apakah yang akan dimainkan seterusnya selepas sesuatu muzik/video dimainkan. Tidak lupa juga adalah app drawer. Pengguna boleh menyusun aplikasi apa yang hendak dipaparkan pada “Home”. Fungsi “Channel” pula adalah lebih menarik. Ia memaparkan saluran/cadangan kandungan pada setiap perkhidmatan yang ada dalam “Home”.
Saya telah pun membuat kemaskini ini pada Mi Box 3 saya di rumah. Fail kemaskini lebih kurang 600MB sahaja. Ciri dan fungsi baru ini adalah sangat menarik dan memudahkan.
Anda pula bagaimana? Sudahkah anda megemaskini – jika ya, apakah pendapat anda? Saya sendiri adalah pengguna Google Assistant – dengan kemaskini ini saya mungkin akan kurang menggunakan alat kawalan jauh dan hanya menggunakan arahan suara.