Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition (EE) sewaktu dilancarkan mengambil perhatian ramai orang. Ia mengikut jejak langkah HTC U12+ dengan menggunakan panel kaca belakang yang lutsinar. Terkini tertiris adalah Xiaomi Mi Band 3 Explorer Edition.

Mi Band 3 Explorer Edition hanya mempunyai tali jam yang lutsinar dan bukannya keseluruhan peranti itu sendiri seperti Mi 8 EE. Buat masa ini, tali jam Mi Band 3 yang dijual adalah hitam, biru dan oren. Menurut sumber Mi Bad 3 EE ini tidak akan dijual tetapi sebaliknya adalah hadiah untuk cabutan tuah.

Sebagai peringatan, Mi Band 3 adalah penjejak kesihatan Xiaomi terbaru bagi menggantikan Mi Band 2. Ia hadir dengan sokongan kalis air IP68, skrin sesentuh OLED dan bateri dengan jangka masa yang panjang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd