Gboard Kini Boleh Menambah Teks Dalam Gif Dan Menyokong 28 Bahasa Baharu

Gboard Kini Boleh Menambah Teks Dalam Gif Dan Menyokong 28 Bahasa Baharu

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Papan kekunci Google Keyboard iaitu Gboard mula diperkenalkan untuk pengguna iOS. Selepas beberapa bulan ia mula hadir untuk Android. Ia adalah papan kekunci dengan banyak ciri menarik. Dalam kemaskini versi 7.31 – pengguna kini boleh tambah teks dalam GIF dan juga Gboard mula menyokong 28 bahasa.

Sebelum ini, ciri membuat GIF tersendiri telah pun di tambah. Kali ini GIF boleh disunting dan ditambah teks. Selain itu, sokongan Bahasa Melayu Brunei, Batak Toba dan 26 bahasa lain turut disertakan dalam kemaskini ini.

Muat Turun: Gboard – the Google Keyboard Di Play Store


TIPS & ULASAN