Cari @ Amanz

Kita kini hidup di dunia pasca PC tetapi hakikatnya di dalam industri perusahaan, komputer masih diperlukan untuk melakukan tugasan ketika di luar pejabat. Toshiba Portégé Z30-E dilancarkan hari ini dan ia mensasarkan golongan profesional yang memerlukan komputer riba yang mampu memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Toshiba Portégé Z30-E dilengkapi skrin 13.3″ LED HD Penuh, dijana pemproses sehingga Intel Core i7-8650U vPRO empat teras, memori sehingga 32GB RAM DDR4 dan storan 512GB M.2 SATA SSD. Terdapat sebuah kamera web beresolusi HD untuk kegunaan persidangan atas talian. Bateri sebesar 52Wh yang digunakan dikatakan mampu bertahan sehingga 14 jam dengan sekali caj.

Keseluruhan kerangka diperbuat daripada magnesium dengan rekaan honeycomb yang memastikan ia tahan hentakan. Terdapat pilihan I/0 VGA, HDMI, 3 USB 3.0, satu pembaca kad SD dan port LAN. Sebuah pengimbas cap jari juga disertakan dengan sokongan Windows Hello. Keseluruhan komputer riba ini hanya sebesar 1.2 kg. Tiada maklumat mengenai harga jualan buat mas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd