Sistem operasi peranti mudah alih manakah yang menjadi kegemaran anda? Kami di Amanz bernasib baik kerana boleh menggunakan Android dan iOS yang mendominasi 98% pasaran peranti pintar dunia. Kedua-dua sistem operasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi apakah yang berlaku apabila pengguna Android berpindah ke iOS?
Mengikut data dari Consumer Intelligence Research Partners (CIRP), di antara 15-20% jualan iPhone pada enam bulan pertama 2018 adalah pengguna Android yang berpindah ke iOS. Sebanyak 40% daripada jumlah ini memilih iPhone 8/8 Plus , 25% memilih iPhone 7/7 Plus, 12% memilih iPhone 6S/6S Plus. Mereka juga lebih menggemari model Plus berbanding pengguna iOS yang membeli iPhone baru. Pengguna Android yang membeli iPhone X adalah di bawah 10%.
Angka ini diambil dari kalangan pengguna Amerika Syarikat tetapi besar kemungkinan juga bokeh digunapakai di Malaysia. Kami sedari penggunaan iPhone SE, 5 dan 4S semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana harga jualannya yang lebih rendah berbanding telefon Android kelas pertengahan.
Murah atau lama sesebuah peranti itu sebenarnya tidak penting. Yang paling penting ialah kepuashatian pengguna pasca pembelian. Kepada pembaca Amanz yang berpindah ke iOS, adalah anda juga turut membeli model lebih murah dan lama.