Format Baru SD Express Menyokong Kapasiti Sehingga 128TB Dan Kadar Pemindahan Hampir 1 GB/S

Format Baru SD Express Menyokong Kapasiti Sehingga 128TB Dan Kadar Pemindahan Hampir 1 GB/S

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Format Secure Digital atau lebih dikenali sebagai SD diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Panasonic, SanDisk dan Toshiba. Mereka membentuk SD Card Association yang menetapkan standard setiap format baru SD. Spesifikasi terbaru SD 7.0 telah diumumkan dengan nama panggilan SD Express. Ia bukan sahaja lebih pantas malahan meningkatkan saiz storan maksimum.

SD Express menyokong tahap pemindahan data pada kadar 985 MB/s dan saiz storan maksimum 128TB. Ini adalah peningkatan dari kadar 624 MB/s dan had 2 TB yang digunakan pada format SD 6.0. SD Express akan disokong kad SDUC, SDXC dan SDHC. Kesemua kad SD Express masih boleh digunakan pada pembaca kad SD sedia ada.

Format terbaru ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan rakaman video 8K, kamera 360 darjah, realiti maya, peranti berhubung, kereta dan dron. Ia lebih pantas berbanding generasi terdahulu kerana menggunakan protokol PCIe (3.0) and NVMe (v1.3)


TIPS & ULASAN