Aplikasi Google Maps Dikemaskini – Menunjukkan Aktiviti Sohor Kini, Menarik Dan Restoran Berhampiran Anda

Aplikasi Google Maps Dikemaskini – Menunjukkan Aktiviti Sohor Kini, Menarik Dan Restoran Berhampiran Anda

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Sejak diperkenalkan hampir sedekad yang lalu, Google Maps banyak membantu kami mencari lokasi terpencil dan panduan arah ke rumah sanak saudara yang jarang dilawati. Pada awalnya ia hanya menunjukkan lokasi sebelum memaparkan peta tiga dimensi. Aplikasi pemataan popular ini telah dikemaskini dengan beberapa lagi fungsi yang memudahkan pencarian aktiviti dan restoran menarik berhampiran pengguna.

Aktiviti menarik boleh dilihat menerusi tab Explore. Restoran, kawasan menarik dan kedai kopi berhampiran akan dipaparkan pada tab ini. Saranan tempat makanan untuk pengguna akan diberikan berdasarkan tempat-tempat yang pernah dilawati sebelum ini. Ia turut mengesahkan lokasi yang sedang sohor kini (trending) berhampiran pengguna. Sekiranya anda pernah meninggalkan ulasan tempat makanan, ia akan diambil kira dalam memberikan saranan restoran yang sesuai dengan citarasa pengguna.

Pada waktu yang sama ia boleh memberikan saranan anda mencuba kesemua restoran yang menghidangkan jenis makanan yang sama. Jika anda sudah mencuba lima kedai burger, Goole Maps akan memberikan peringatan terdapat beberapa lagi kedai burger yang belum anda lawati.

Restoran juga boleh disaring mengikut kategori seperti mesra kanak-kanak atau yang menawarkan makanan berkelas tinggi. Kesemua saranan akan menjadi lebih tepat semakin kerap anda menggunakan Google Maps.

Akhir sekali terdapat tab “For You” yang memberikan notifkasi restoran atau kedai yang baru dibuka berhampiran anda. Fungsi ini hanya diaktifkan untuk pengguna Android di A.S, U.K., Kanada, Australia dan Jepun sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN