Cari @ Amanz

Vivo boleh dikatakan sedia mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia pada tahun ini dengan pengenalan telefon pintar berskrin penuh dan juga menjadi terawal mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin.

Vivo menamakan teknologi baru ini sebagai Time of Flight (TOF) 3D Sensing. Ia diposisikan bersebelahan dengan kamera hadapan. Sensor ini beroperasi dengan menembak denyutan isyarat cahaya, seterusnya mengira masa yang diambil untuk cahaya berkenaan memantul kembali ke sensor berkenaan.

Vivo TOF 3D

Vivo menggunakan lebih 300,000 titik sensor untuk tujuan ini, sekaligus menawarkan lebih 10 kali ganda titik sensor berbanding pada Face ID yang hadir bersama iPhone X. Teknologi baru ini juga mampu menyokong pengecaman dan pemetaan pada jarak 3 meter.

Selain daripada digunakan untuk nyah-kunci berasaskan wajah, ia juga turut boleh digunakan untuk tujuan hiburan seperti membuat watak animasi maya dengan gerakan mimik wajah, dan sebagainya.

Vivo mengatakan ia bukan konsep semata-mata, sebaliknya telah bersedia untuk tujuan penggunaan komersial. Sekiranya benar, maka kita mungkin akan dapat melihat pesaing Face ID yang lebih berkuasa daripada pengeluar peranti Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd