Carian
PUBG Menggugurkan Kes Saman Terhadap Penerbit Fortnite
June 27, 2018 Aman

Sebelum ini, kita telah mendengar yang mana pembangun PlayerUnknown’s Battlegrounds memfailkan saman ke atas penerbit permainan Fortnite disebabkan beberapa perkara.

Selang beberapa minggu, hari ini Bloomberg melaporkan yang mana PUBG telah menarik kembali saman terhadap Fortnite, sekaligus mengakhiri kes perundangan diantara kedua-dua permainan popular berkenaan.

Ia dikatakan PUBG Corp telah menghantar surat menarik kembali kes saman kepada Epic Games pada awal minggu ini, dan kes berkenaan kini telah pun ditutup.

Info lanjut mengenai mengapa kes saman berkenaan ditarik kembali tidak diketahui – termasuk sama ada persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak atau sebaliknya.

Selain daripada menyaman Fortnite, pembangun PUBG juga turut telah memfailkan saman ke atas Netease Inc sebelum ini untuk permua Rules of Survival.

Komen