Huawei Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini perisian untuk tiga telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, iaitu Nova Lite, Nova 2 Plus dan P10 Lite. Kemaskini yang ditawarkan adalah EMUI 8.0, dan telah boleh dinaik-taraf oleh pemilik ketiga-tiga peranti berkenaan.
EMUI 8.0 hadir berasaskan kepada Android 8.0 Oreo, dimana ia hadir bersama-sama dengan sejumlah ciri-ciri baru. Antara yang dibawakan adalah termasuk sokongan dok navigasi untuk memudahkan anda ke sesuatu aplikasi dengan mudah, sokongan pengoptimasian sistem berasaskan pembelajaran mesin, sokongan mod 3D pada skrin kunci, pengoptimasian pencahayaan skrin, dan sejumlah ciri-ciri yang lain.
Bagi anda yang menggunakan Nova Lite, Nova 2 Plus atau P10 Lite, boleh semak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan memulakan proses penaik-tarafan.