Tanita ES100 Ialah Alat Yang Menyukat Bau Tubuh Untuk Pekerja Pejabat Di Jepun

Tanita ES100 Ialah Alat Yang Menyukat Bau Tubuh Untuk Pekerja Pejabat Di Jepun

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Ada banyak budaya unik yang mungkin hanya boleh ditemui di Jepun. Bekerja sehingga lewat malam sebagai tanda hormat kepada majikan adalah salah satu darinya. Adalah normal di Jepun untuk tidur di hotel kapsul selepas balik dari pejabat kerana ketinggalan kereta api terakhir. Ini menimbulkan masalah pakaian yang sudah berbau kepam. Warga Jepun sangat cakna tentang tidak mendatangkan ketidakselesaan orang lain dan oleh itu Tanita ES100 dicipta.

Alat kecil ini menjadi hidung digital yang mengesan bau tubuh pengguna pada skala 0 hingga 10. Sekiranya pengguna mula berbau busuk, ES100 akan menunjukkan angka 5 dan ke atas. Pengguna hanya perlu meletakkan peranti ini pada bahagian tubuh dan ia akan melakukan pengesanan bau dalam masa 10 saat. Tanita adalah syarikat yang sebenarnya menghasilkan alat mengesan tahap mabuk dengan mengesan bau alkohol pada nafas. Konsep mengesan partikel alkohol digunakan bagi mengesan tahap bau tubuh.

Peranti ini mensasarkan golongan pekerja  pejabat berumur di antara 40 hingga 50 tahun yang mungkin tidak lagi mempunyai deria bau yang baik. ES100 diharap dapat mengelakkan kesipuan kerana bau tubuh apabila bertemu pelanggan. Ini bukan satu-satunya alat yang menyukat bau badan di Jepun. Kami ada melaporkan KunKun yang dihasilkan oleh Konica Minolta tahun lalu tetapi ia memerlukan sambungan Bluetooth kepada telefon pintar untuk berfungsi,


TIPS & ULASAN