Dron MQ-9B SkyGuardian Akan Melakukan Penerbangan Merentasi Lautan Atlantik Pada Bulan Julai Ini

Dron MQ-9B SkyGuardian Akan Melakukan Penerbangan Merentasi Lautan Atlantik Pada Bulan Julai Ini

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Kerana kepopularan siri Call of Duty dan filem Transformers, dron MQ-9 mungkin adalah yang paling mudah dikenali di dunia. Dron keluaran General Atomics ini telah digunakan di medan perang untuk pemantauan lokasi musuh serta melakukan serangan menggunakan misil Hellfire. Pada 11 Julai hadapan sebuah MQ-9B SkyGuardian akan melakukan percubaan sulung merentasi lautan Atlantik bagi menguji kemampuan penerbangan jarak jauhnya.

Penerbangan ini akan bermula dari markas General Atomics Aeronautical System Inc (GAA-SI) di North Dakota dan mendarat di RAF Fairford di Gloucestershire England. Penerbangan ini sekiranya berjaya menjadikan dron dari kelas MALE (Medium-Altitude, Long-Endurance) pertama yang melakukan penerbangan merentak lautan Atlantik. Sebelum ini sebuah MQ-9 telah mencatatkan rekod terbang selama 48 jam tanpa henti.

Teknologi yang diuji oleh GAA-SI dalam percubaan merentas lautan ini akan bakal membantu dalam penghasilan pesawat swaterbang merentasi benua di masa akan datang. Tidak mengejutkan dalam masa satu generasi sahaja lagi, kapal terbang penumpang swaterbang akan menjadi sesuatu yang biasa seperti kereta swapandu sekarang.


TIPS & ULASAN