Corsair Mengambil-Alih Elgato Gaming – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Penstriman Permainan

Corsair Mengambil-Alih Elgato Gaming – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Penstriman Permainan

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Corsair merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam penawaran aksesori dan komponen komputer. Hari ini, mereka mengumumkan pengambil-alihan Elgato Gaming, sekaligus mengukuhkan kedudukan Corsair dalam arena penstriman permainan.

Corsair dilihat mengambil-alih bahagian memfokuskan permainan video sahaja, sebaliknya bahagian untuk peranti berhubung akan beroperasi dibawah nama baru dinamakan Eve Systems.

Elgato sendiri merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam arena penstriman permainan video, terutamanya melalui konsol. Dengan pengambil-alihan Elgato Gaming ini, ia sekaligus membolehkan Corsair menceburi arena penstriman langsung ini yang semakin popular akhir-akhir ini.

Kedua-dua pihak tidak mengumumkan nilai yang terlibat dalam pengambil-alihan buat masa ini.


TIPS & ULASAN