Carian
Samsung Menjadualkan Pengenalan Galaxy Note 9 Pada 9 Ogos
June 27, 2018 Aman

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal mengadakan acara Samsung Unpacked seterusnya pada 9 Ogos 2018 kelak. Ketika acara berkenaan, kita dijangka akan dapat melihat Samsung Galaxy Note 9 yang terbaru.

Samsung Galaxy Note 9 dijangka hadir dengan rekaan nirbingkai, penggunaan dwi-kamera belakang, dan turut menyertakan sokongan S-Pen. Dengan persaingan yang sengit dalam arena peranti mudah-alih, semestinya ia agak menarik untuk melihat apakah inovasi menarik yang bakal dibawakan oleh Samsung. Galaxy Note 9 juga disasarkan untuk menawarkan penaik-tarafan kepada Bixby.

Seperti biasa, kita mungkin akan dapat melihat dan mendengar lanjut mengenai perkara baru yang akan dibawakan oleh Samsung dalam minggu-minggu akan datang.

Komen