Cari @ Amanz

Facebook hari ini mengumumkan sebuah ciri baru untuk News Feed, iaitu dinamakan sebagai Keyword Snooze. Melalui ciri baru ini, ia membolehkan pengguna menyembunyikan sejumlah perkongsian daripada rakan-rakan yang berkait rapa dengan sesuatu kata kunci.

Facebook Keyword Snooze

Sebagai contoh, sekiranya anda tidak ingin membaca berkaitan sesuatu filem, anda boleh menambah kata kunci filem berkenaan dan segala perkongsian rakan-rakan anda berkaitan dengannya tidak akan dipaparkan untuk tempoh 30 hari. Ciri ini juga mungkin digemari oleh mereka yang ingin menyembunyikan perkongsian berkaitan politik, gosip dan sebagainya daripada News Feed.

Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin hadir ke akaun anda dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd