(Ura-Ura) Sony Mobile Akan Menarik Diri Dari Pasaran Timur Tengah, Afrika Dan Turki

(Ura-Ura) Sony Mobile Akan Menarik Diri Dari Pasaran Timur Tengah, Afrika Dan Turki

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Sony ialah jenama yang gah dalam dunia permainan video, alatan audio berkualiti tinggi dan televisyen. Sungguhpun begitu nasib mereka di dalam dunia telefon pintar adalah menyedihkan sejak empat tahun kebelakangan ini dengan jualan yang semakin menurun saban tahun. Pagi ini @evleaks mengatakan Sony Mobile akan menghentikan jualan di tiga pasaran dunia.

Pasaran tersebut ialah Timur Tengah, Afrika dan Turki. Semua operasi dan pejabat dipercayai akan ditutup pada bulan Oktober hadapan. Pasaran peranti sekarang amat kompetitif dengan kehadiran pengeluar dari China. Produk mereka biasanya lebih murah, menawarkan lebih banyak fungsi dan dipromosikan dengan lebih agresif berbanding produk keluaran gergasi Jepun ini. Sekiranya ura-ura ini menjadi benar, ia sebenarnya tidak mengejutkan kerana ia sudah boleh diagak dengan melihat laporan kewangan Sony Mobile tahun demi tahun.


TIPS & ULASAN