Harga Jualan Sony Xperia XZ2 Premium Akhirnya Diketahui

Harga Jualan Sony Xperia XZ2 Premium Akhirnya Diketahui

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Sony Xperia XZ2 Premium diumumkan pada bulan April yang lalu. Peranti dengan skrin 4K ini turut menjadi peranti pertama keluaran Sony Mobile yang dilengkapi sistem dwi-kamera. Ia boleh dikatakan sebagai sebuah Xperia XZ2 dengan skrin lebih baik dan sistem kamera yang dipertingkatkan. Harga jualan peranti premium ini tidak diumumkan sejurus selepas ia diumumkan.

Semalam pra-tempah untuk Sony Xperia XZ2 Premium akhirnya dibuka di Amerika Syarikat pada 9 Julai. Bagi yang berminta mereka perlu membayar $999.99 (~RM 4033) untuk memilikinya. Harga yang tidak mampu milik tetapi harus diingat peranti ini dilengkapi skrin 5.8″ IPS LCD 4K (2160 x 3840 pixel), dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 64GB (sokongan kad MikroSD sehingga 400GB), kamera utama 19+12 Megapixel f/1.8+f/1.6, kamera hadapan 13-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3540 mAh.


TIPS & ULASAN