Google Membuat Pelaburan Pada KaiOS – Sistem Operasi Untuk Telefon Bimbit

Google Membuat Pelaburan Pada KaiOS – Sistem Operasi Untuk Telefon Bimbit

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Google sedia popular dengan penawaran sistem operasi Android untuk telefon pintar, malah turut telah hadir dengan Android Go yang memfokuskan telefon pintar berspesifikasi rendah. Namun, pada masa yang sama, ia dilihat Google tidak melupakan telefon bimbit yang masih digunakan berbilion pengguna.

KaiOS

Kini, hari ini Google telah membuat pelaburan pada salah satu sistem operasi untuk telefon bimbit dinamakan KaiOS.

KaiOS sedia digunakan oleh beberapa pengeluar, termasuk HMD Global (Nokia), dan juga TCL.

Bersama-sama pelaburan ini, ia turut diumumkan yang mana Google akan membawa sokongan Google Assistant, Google Maps, YouTube dan Google Search untuk pengguna KaiOS. Pelbagai aplikasi ini dibangunkan khusus untuk KaiOS dengan menggunakan piawaian seperti HTML5 dan JavaScript.

Google mengatakan dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan gergasi internet berkenaan membawa perkhidmatan mereka kepada bilion pengguna seterusnya.


TIPS & ULASAN