Nokia Dijangka Hadir Dengan Telefon Mengintegrasikan Pengimbas Jari Pada Skrin

Nokia Dijangka Hadir Dengan Telefon Mengintegrasikan Pengimbas Jari Pada Skrin

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Kita sedia melihat beberapa pengeluar yang hadir dengan telefon pintar yang mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin. Kini, HMG Global (Nokia) turut dijangka melakukan perkara sama melalui peranti akan datang mereka.

Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan sebuah telefon pintar baru dinamakan Nokia “A1P” sedang dalam pembangunan, yang mana mengintegrasikan pengimbas jari pada skrin. Disamping itu, ia juga dijangka menggunakan cip Snapdragon 845.

Nama akhir peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi, tetapi dispekulasikan mungkin dinamakan Nokia 9. Selain spesifikasi tinggi, Nokia juga dijangka memfokuskan kepada sokongan kamera pada telefon pintar ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN