Cari @ Amanz

Sejak Samsung Galaxy S8 diperkenalkan, Bixby telah diperkenalkan. Ia adalah pembantu maya daripada Samsung. Bixby diteruskan lagi sehinggalah Galaxy S9. Namun ia tidak menghalang bagi pengguna yang sudah biasa dengan Google Assistant.

Terkini, bagi pengguna Google Assistant pada peranti Galaxy S9 – berita menarik hadir dalam kemaskini terbaru. Pengguna kini boleh membangunkan peranti atau mengaktifkan Google Assistant dengan menggunakan frasa “Hey, Google” dan tidak lagi terhad kepada “OK, Google”.

Walaupun frasa “Hey, Google” telah diperkenalkan sejak tahun lepas – tidak pasti kenapa ia mengambil masa begitu lama untuk Samsung mula mengintegrasi fungsi ini kepada peranti Galaxy S9. Kemaskini ini hadir dalam versi G960FXXU1BRF8 untuk Galaxy S9 dan G965FXXU1BRF8 Galaxy S9+.

Kemaskini ini hadir secara berperingkat dan masih tidak semua pengguna akan dapat menggunakan fungsi ini. Jika anda masih tidak dapat kemaskini ini – sabar dan tunggu ia pasti akan hadir tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd