Di acara Acer Global Press Conference di New York pada bulan lalu, Acer turut mengumumkan kehadiran sebuah komputer desktop berdasarkan siri Nitro, iaitu Acer Nitro 50.
Dari segi spesifikasi, desktop Acer Nitro 50 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 generasi kelapan Coffee Lake, memori DDR4 sebanyak 8GB dan gabungan storan SSD 128GB dan cakera keras sebesar 1TB.
Dari segi grafik pula, komputer Acer Nitro 50 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, yang membolehkannya bermain sejumlah permainan-permainan yang popular seperti Counter Strike: GO, League of Legends dan juga DoTA 2.
Komputer Acer Nitro 50 ini juga hadir dengan aksesori pengecas nirwayar Qi yang terbina di dalam secara piliha, jika pembeli inginkannya.
Dalam pada itu, Acer Malaysia juga mengumumkan kemaskini untuk laptop Acer Nitro 5, dimana ia bakal hadir dengan tiga model yang hadir dengan CPU-CPU yang berbeza, termasuklah Intel Core i5-8300H, Intel Core i7-8750H dan juga Intel Core i7+ 8750H.
Spesifikasi lain pada laptop Acer Nitro 5 ini termasuklah memori DDR4 sebanyak 4GB, dan storan cakera keras 1TB yang juga dilengkapi dengan memori Optane sebanyak 16GB, yang mempercepatkan lagi kadar penghantaran data cakera keras tersebut.
Acer Nitro 50 akan dijual pada harga RM4239 pada penghujung bulan Julai, manakala laptop Acer Nitro 5 pula akan mula dijual pada awal bulan Julai pada harga bermula RM2999. RM3599 dan RM3999 bergantung kepada spesifikasi CPU.
Laptop-laptop Acer Nitro 5 pula akan mula dijual pada awal bulan Julai bermula pada harga RM2999, RM3599 dan RM3999 bergantung kepada model CPU yang dipilih.