Cari @ Amanz

Diantara produk-produk yang diumumkan oleh Acer di acara Global Press Conference pada tahun 2017 ialah monitor gaming bersaiz 27 inci yang dinamakan Acer Predator X27.

Setelah setahun tanpa sebarang berita, Acer Malaysia akhirnya mengumumkan kehadiran paparan skrin gaming tersebut untuk pasaran Malaysia, dan nampaknya ia mendapat beberapa kemaskini baru dengan pengumuman ini.

Paparan Predator X27 ini hadir dengan paparan bersaiz 27 inci yang menggunakan teknologi Quantum Dot untuk membolehkannya menyokong gamut warna Adobe RGB setinggi 99 peratus, dan memberikannya sudut pandangan setinggi 178 darjah.

Dari segi resolusi, ia mempunyai resolusi natif 4K (3840×2160), kadar segar semula 144Hz dan juga sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC dan juga HDR.

Perisian Predator GameView pula membolehkan pengguna untuk mengubah warna paparan bergantung kepada penggunaan, termasuklah mod Racing, Action dan Sports.

Menurut Acer Malaysia, paparan Acer Predator X27 ini akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Julai kelak untuk harga RM9999..

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd