Peranti Misteri Nubia Tertiris – Hadir Dengan Skrin Nirbingkai Dan Dwi-Skrin
Artikel Berkaitan

Peranti Misteri Nubia Tertiris – Hadir Dengan Skrin Nirbingkai Dan Dwi-Skrin

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Nubia adalah anak syarikat kepada ZTE. Tahun lepas, Nubia Z17S hadir dengan skrin bingkai nipis dan catur-kamera. Terbaru, sebuah peranti misteri Nubia yang dikatakan Z18 telah tertiris. Hadir dengan skrin nirbingkai dan juga dwi-skrin.

Rekaan skrin peranti Nubia ini dikatakan menggunakan Full Screen 3.0. Ia membawa peratusan skrin yang lebih besar dan tiada takuk. Dari segi imej pengolokan yang tertiris – peranti ini mungkin tidak akan menyertakan kamera swafoto. Bahagian belakang pula hadir dengan dwi-kamera dan dua dwi-tona LED flash. Pengimbas cap jari pula kini diletakkan di sisi peranti.

Lebih menarik, peranti ini mungkin hadir dengan dwi-skrin. Imej pengolokan ini menunjukkan gambar jam analog terpapar di belakang peranti. Tidak pasti jika skrin ini adalah OLED monokrom ataupun e-ink. Lain-lain adalah, peranti ini hadir dengan bicu audio 3.5mm, kekisi pembesar suara di bahagian bawah dan juga menggunakan USB-C.

Sepsifikasi lain, tarikh pelancaran atau nama sebenar peranti masih lagi belum diketahui. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN