Cari @ Amanz

Ketakutan utama pemilik peranti pintar ialah ia dicuri atau mengalami kerosakan akibat terjatuh. Saya secara peribadi telah membelanjakan lebih RM3000 untuk membaiki kerosakan skrin pada beberapa peranti yang dimiliki. Kerosakan masih berlaku walaupun saya menggunakan kerangka tahan lasak keluaran jenama ternama.

Oleh itu kerangka AD Case yang dihasilkan oleh Philip Frenzel seorang jurutera dari Aalen University Jerman amat menarik minat saya. Tidak seperti kerangka tahan lasak biasa yang menyerap impak dengan bahan bergetah, kerangka ciptaan Frenzel ini dilengkapi spring seakan kaki labah-labah yang terkeluar bila ia mengesan peranti terjatuh. “Kaki labah-labah” ini mempertahankan tubuh peranti dan menyerap daya hentakan. Kerangka mempunyai sensor yang mengesan apabila berlaku pecutan mendadak dan mengaktifkan sistem spring. Ia kemudian boleh disimpan semula bagi dan bersedia untuk insiden yang seterusnya.

Kerangka ini masih belum dijual tetapi Frenzel sudah mempunyai perancangan untuk memasarkannya menerusi laman biayasama Kickstarter dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd