Carian
Samsung Melancarkan Teknologi ISOCELL PLUS – Sensor Kamera Yang Menjanjikan Kualiti Imej Lebih Baik
June 28, 2018 Fahim Zahar

ISOCELL adalah sensor kamera yang dihasilkan Samsung. Hari ini mereka memperkenalkan teknologi ISOCELL Plus. Iaitu teknologi yang membernarkan sensor CMOS menangkap lebih cahaya, meningkatkan sensitiviti cahaya dan juga memfokuskan warna. Dengan teknologi ini, Samsung mengatakan mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang kurang baik kini akan lebih jelas dan tepat.

Teknologi ini juga meningkatkan pewarnaan gambar sehingga 15% penambahbaikan. Sensor ini turut mampu mengaktifkan saiz sensor sehingga 0.8-micrometer dan saiz pixel yang lebih kecil tanpa pengurangan terhadap prestasi. Menggunakan sensor seperti ini turut boleh menghasilkan kamera adi-resolusi sehingga 20-megapixel.

Pada Samsung Galaxy S9, kita telah pun lihat penggunaan sensor pada saiz sehingga 14-micrometer dan kualiti yang dihasilkan adalah menakjubkan. Sensor ini mungkin akan digunakan pada peranti baru Samsung seperti Galaxy S10 atau juga Galaxy Note 9 akan datang.

Komen