Cari @ Amanz

Pada tahun 2014 Facebook memulakan projek menawarkan akses internet kepada pengguna seluruh dunia menggunakan dron. Sistem sistem High Altitude Platform Station (HAPS) ini menjadikan dron sebagai tulang belakang bagi memancarkan rangkaian internet ke kawasan pedalaman yang terpencil. Mereka mengambil alih syarikat Ascenta yang kemudian menghasilkan dron Aquila yang melakukan dua ujian penerbangan.

Projek pembangunan dron Aquila ini telahpun dihentikan oleh Facebook menerusi kenyataan yang diberikan pada laman rasmi. Tiada lagi dron akan direka sendiri oleh mereka selepas ini. Sebaliknya pembangunan sistem HAPS ini akan diteruskan secara kerjasama dengan Airbus. Oleh sebab itu mereka anak menutup operasi penghasilan Aquila di Bridgwater, United Kingdom.

Projek Aquila ialah projek yang mempunyai sasaran yang tinggi. Setiap dron HAPS boleh menawarkan perkhidmatan internet berterusan di dalam kawasan di dalam lingkungan 60 batu. Ia juga mampu kekal di udara sehingga 90 hari dengan kuasa dijana menggunakan panel solar terbina pada permukaan sayap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd