Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Special Edition Dilancarkan Dengan Kerangka Dan Power Bank Edisi Terhad

Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Special Edition Dilancarkan Dengan Kerangka Dan Power Bank Edisi Terhad

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Peranti Xiaomi Mi 6X Hatsune Miku Special Edition telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi. Seperti yang kami laporkan semalam, peranti ini menawarkan beberapa perubahan estetik berbanding edisi biasa. Pertama sekali ia hanya ditawarkan dalam warna hijau muda dengan lukisan watak vocaloid Hatsune Miku berwarna hitam pada panel belakang.

Di dalam berkas khas ini sebuah kerangka separa lutsinar, power bank 10,000 mAh dan lukisan rekaan watak ini turut disertakan. Setiap peranti hadir dengan nombor siri bagi menunjukkan keasliannya. Disamping itu peranti dan produk edisi khas yang dihasilkan dijual di dalam berkas dengan rekaan khas.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.99″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 660 dan memori 6GB RAM dan 64GB, kamera utama 12+20 f/1.75+f/1.75 Megapixel, kamera swafoto 20-Megapixel f/1.75 dan bateri sebesar 3010 dengan sokongan pengecasan QuickCharge 3.0. Di China jualan akan dibuka pada 3 Julai pada harga RMB 2099 (~RM 1282) sebuah.

 


TIPS & ULASAN