Shotsnapp Memudahkan Anda Hadir Dengan Gambar Olokan Untuk Aplikasi Dan Web

Shotsnapp Memudahkan Anda Hadir Dengan Gambar Olokan Untuk Aplikasi Dan Web

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Sekiranya anda seorang pembangun web atau aplikasi, ada kalanya anda ingin hadir dengan gambar olokan (mock-up) untuk aplikasi atau web yang anda bangunkan. Kebiasaannya, ia boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa perisian. Tetapi, kini dalam memudahkan lagi proses berkenaan, salah satu aplikasi berasaskan web yang hadir daripada pembangun tempatan adalah Shotsnapp.

Shortsnapp

Shotsnapp merupakan aplikasi berasaskan web, dimana anda boleh memilih paparan peranti yang anda inginkan – sama ada peranti mudah-alih atau desktop, seterusnya memilih model berkaitan, membuat beberapa tetapan, dan memuat-turun gambar olokan akhir dengan pantas.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma, dan melalui laman berkenaan, ia dilihat sokongan untuk gambar olokan pada komputer riba, tablet dan jam tangan pintar turut akan ditambah tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Shotsnapp hari ini.

Layari : Shortsnapp


TIPS & ULASAN