Kini Anda Boleh Dapatkan Fon Kepala Bertemakan The Rock Untuk Digunakan Ketika Bersenam

Kini Anda Boleh Dapatkan Fon Kepala Bertemakan The Rock Untuk Digunakan Ketika Bersenam

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Dwayne Johnson atau The Rock merupakan salah seorang selebriti yang popular di seluruh dunia, dan pada masa yang sama turut menjadi ikon kecergasan dan bina badan. Terkini, The Rock dan UA hadir dengan sebuah fon kepala edisi khas, memfokuskan kepada mereka yang aktif bersenam dan pada masa yang sama ingin mendengar audio melalui fon kepala.

Fon Kepala The Rock

Dinamakan sebagai UA Sports Wireless Headphones Project Rock Edition, ia turut hadir dengan beberapa rekaan khusus, termasuk penggunaan logo khas pada bahagian tepi, dan rekaan tahan lasak.

Ia turut hadir dengan piawaian IPX4, menawarkan masa penggunaan bateri selama 16 jam, pengoptimasian bunyi oleh JBL, serta sokongan Siri dan Google Now. Fon kepala ini turut hadir dengan sokongan penggunaan tanpa-wayar dan ditambatkan ke telefon pintar melalui Bluetooth 4.1. Ia turut menyertakan sokongan penstriman aptX.

Buat masa ini, fon kepala ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja pada harga $250 (~RM 1007) sepasang. Ia tidak diketahui lagi sama ada pengguna akan membelinya untuk tujuan kecergasan atau untuk mendengar lagu dan audio biasa melaluinya – memandangkan biasanya mereka yang menggunakan untuk kecergasan lebih inginkan fon telinga berbanding fon kepala.


TIPS & ULASAN