Beeline Moto Ialah Sistem Navigasi Yang Direka Khusus Untuk Motosikal

Beeline Moto Ialah Sistem Navigasi Yang Direka Khusus Untuk Motosikal

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Hari ini mod motosikal diaktifkan pada Google Maps untuk pengguna di Malaysia. Ia menjadikan Malaysia negara ketiga selepas India dan Indonesia yang menerima fungsi menarik ini. Tetapi hakikatnya menggunakan telefon pintar ketika menunggang motosikal bukan sahaja berbahaya tetapi melanggar undang-undang jalan raya. Oleh itu sistem navigasi yang direka khas untuk motosikal telah dihasilkan.

Beeline Moto ialah sistem navigasi berbentuk bulat yang dipasang pada bahagian pemegang motosikal. Antaramukanya minimalis supaya tidak mengganggu penunggang semasa digunakan. Terdapat anak panah yang menunjukkan arah tuju jalan dan jarak simpang seterusnya yang perlu diambil. Sebelum memulakan perjalanan, pengguna merancangnya terlebih dahulu di dalam aplikasi Beeline yang boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.

Ia kalis air IP67 serta tahan hentakan. Bateri yang digunakan memberikan tempoh operasi sehingga 30 jam sebelum ia dicas semula menggunakan port mikroUSB. Beeline Moto sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $129 (~RM 523) sebuah.


TIPS & ULASAN