Cari @ Amanz

Meja yang merupakan kerangka untuk PC bukanlah idea baru dan telah dihasilkan oleh Lian Li. Dengan kerangka-meja ini, kesemua komponen PC tersimpan kemas di dalam meja sekaligus mengurangkan semak pada ruang kerja. Syarikat Cemtrex mengembangkan lagi idea ini dan terus menghasilkan SmartDesk.

Dari namanya anda boleh mengagak ia sebuah sistem meja pintar. Ia sebuah sistem PC lengkap dalam bentuk meja dan turut dilengkapi tiga monitor sebesar 24 inci. Ketiga-tiganya turut mempunyai sokongan sesentuh bagi memudahkan penggunaan. Papan kekunci, pad sesentuh, alat pengimbas dokumen dan pengecas tanpa wayar Qi turut terbina pada permukaan meja.

Spesifikasi SmartDesk ialah pemproses Intel Core i7,  memori sebesar 16 GB DDR4, storan 256GB SSD, storan 1TB HDD  dan kad grafik NVIDIA Quadro P620. Kesemua komponen ini hanya memerlukan satu kabel kuasa untuk dihidupkan. Ketinggian meja SmartDesk boleh dilaraskan kerana ia direka untuk digunakan sambil berdiri. Bagi yang berminat meja pintar ini dijual pada harga $3999 (~RM 16,200) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd