Dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar, pelbagai pengeluar ingin hadir dengan sesuatu ciri baru dengan lebih pantas pada penawaran peranti mereka. Kini, bercakap pada acara Mobile World Congress Shanghai, pengasas OnePlus dipetik mengatakan kepada PCMag yang mana mereka menyasarkan untuk hadir dengan telefon pintar 5G pada tahun hadapan.
OnePlus akan menggunakan cip Qualcomm pada telefon pintar mereka, dan seperti biasa, perlu menantikan penawaran cip khusus dengan sokongan 5G terlebih dahulu sebelum berkongsi lanjut mengenainya.
Selain OnePlus, beberapa pihak lain turut berlumba untuk hadir dengan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G – termasuk Huawei dan Samsung.
Seperti biasa, sesuatu syarikat telekomunikasi perlu menawarkan rangkaian 5G terlebih dahulu sebelum dapat menikmati rangkaian yang lebih pantas berbanding 4G yang digunakan hari ini.